KUALA TERENGGANU – Taman Herba Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Menara
menjadi taman herba sekolah terbesar di Terengganu apabila berjaya
menanam 100 jenis pokok herba di tiga tapak semaian berkeluasan 1,000
meter persegi.
Guru Besarnya, Salleh@Mokhtar Ismail berkata, taman herba itu mula diusahakan sejak Jun tahun ini dan akan diuruskan pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurutnya, idea untuk mewujudkan taman herba itu sebenarnya adalah untuk memberi pengetahuan kepada murid mengenali pelbagai jenis pokok herba, selain memberi pendidikan kepada mereka tentang pertanian herba.
“Saya nak murid-murid di sini (SK Teluk Menara) kenal pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat, selain berkait rapat dengan pendidikan kesihatan dan sivik murid.

“Kami mendapat banyak respons positif daripada pelbagai pihak termasuk
daripada sekolah-sekolah lain yang ingin datang melawat taman herba
ini,” katanya kepada Sinar Harian sempena Perasmian Taman Herba Warisan,
di sini.
Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Jailani Sulung dan Pegawai Penyelaras Dun Manir, Yusof Awang Hitam.
Salleh berkata, pihaknya bercadang untuk menambah satu lagi tapak semaian pada masa akan datang memandangkan terdapat kawasan lapang yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Dalam masa sama, Salleh berkata, pihaknya akan mengkomersialkan hasil herba berkenaan kepada orang ramai sebagai tambahan dana tabung PIBG sekolah.
“Kalau dah dapat kutip hasil, kami akan paket dan jual dengan harga murah kepada ibu bapa dan penduduk sekitar.
“Duit ini nanti akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG supaya memudahkan urusan kami melakukan sebarang program kepada murid,” katanya.
Sementara itu, Jailani berkata, jabatannya tidak memaksa mana-mana sekolah melakukan projek pertanian seperti yang dilakukan beberapa sekolah di Dun berkenaan sebelum ini.
“Saya tak pernah paksa sekolah-sekolah di Kuala Terengganu untuk adakan perkara ini (tanaman dan sebagainya), tetapi dalam masa sama, saya sangat menggalakkan ia dilakukan untuk menambah tabung PIBG.
“Usaha sebegini sangat bagus kerana sesebuah sekolah itu akan mempunyai ‘trademark’ tersendiri dengan usaha-usaha yang dilakukan seperti ini,” jelasnya.
Secara tidak langsung katanya, ia menambah dana PIBG dan memudahkan pelbagai program dapat dilakukan demi kecemerlangan murid.
Sumber: sinarharian.com.my

0 komentar:
Posting Komentar