Share to other ! One share = one goodness. ^_^

5 Putera Kerabat Diraja Paling Kacak Di Dunia! Tak Sangka Nombor 5 Tu Dari Malaysia!

Bila sebut je putera Kerabat Diraja, mesti ramai yang terbayangkan susuk badan yang segak dan sentiasa tampil bergaya.

Selalunya putera Raja yang sering menjadi sebutan ialah Putera Williams dan Putera Harry.

Tapi sebenarnya ramai lagi putera-putera raja yang ‘hot’ dan kacak. Tak payah tengok jauh-jauh, di Malaysia pun ada. Habislah ramai wanita yang cair!

1. Putera Sheikh Hamdan, Putera Mahkota Dubai


Putera Sheikh Hamdan, merupakan putera kerabat Di-raja dari negara paling kaya, Dubai. Raut wajahnya cukup menarik perhatian wanita. Berusia 33 tahun, terkenal dengan nama Fazzam sebagai nama pena dalam penulisan puisi. Lebih menarik, putera raja ini masih lagi single!

2. Putera Carl Philip, Duke of Värmland, Sweden

Putera raja berusia 37 tahun ini merupakan anak kepada King Carl XVI Gustaf dan Queen Silvia Sweden. Bukan sahaja mempunyai rupa yang kacak, malah melihat susuk badannya sahaja sudah buatkan ramai wanita terpikat. Putera kacak ini sudah pun berkahwin dengan mnodel terkenal, Sofia Hellqvist.

3. Putera Amedeo, Putera Belgium, Archduke of Austria-Este


Mempunyai rupa paras yang kacak dan tinggi, nampak cukup sempurna di mata wanita. Berusia 30 tahun, Putera Amedeo yang bergelar pegawai simpanan di Belgian Army. Beliau sepatutnya menjadi yang ke-6 untuk memegang takhta Belgium, namun setelah berkahwin dengan bangsawan Itali, beliau tidak lagi diambil kira untuk memegang takhta negara itu.

4. Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Brunei


Mesti ramai yang tidak tahu bahawa Sultan Brunei mempunyai putera raja yang sangat kacak. Bukan sahaja aktif bersukan walaupun beliau sukakan kerja-kerja kebajikan. Putera Mateen yang kini berusia 25 tahun merupakan anak ke-10 kepada Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei dan isteri keduanya, Mariam.

5. Al-Marhum Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor

Al-Marhum Tunku Abdul Rahman merupakan anak ke-5 kepada Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor. Baru berusia 23 tahun, Tunku Abdul Rahman gemarkan sukan polo dan seorang yang berjiwa rakyat seperti bapanya.

Sumber : Kamiviral.com

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : 5 Putera Kerabat Diraja Paling Kacak Di Dunia! Tak Sangka Nombor 5 Tu Dari Malaysia!

0 komentar:

Posting Komentar