Ramai ibu mengelakkan menu sayur kerana bimbang akan bentan! Memanglah
perlu elak sayur, tapi yang bersifat sejuk dan berangin sahaja. Air pun
sampai bersukat, ini cara pantang yang tidak sihat untuk diamalkan.
Jangan lupa anda juga perlukan zat dan nutrien daripada sayur-sayuran untuk pemulihan diri dan dalaman dan penghasilan susu ibu yang berkualiti!
SAYUR-SAYURAN PENAMBAH SUSU
Sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin memang tidak disarankan kerana boleh menyebabkan bentan. Tapi ada banyak lagi sayur-sayuran lain yang boleh dimakan. Bolehlah tukar-tukar menu sayur kalau jemu! Antara sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang dan menambah susu ialah seperti berikut;
HERBA PENAMBAH SUSU
Herba juga boleh dimakan dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Ambil dalam kuantiti sederhana, berpada-pada untuk mengelakkan cirit-birit pada ibu dan bayi. Jika tidak mampu makan mentah, bolehlah masukkan dalam masakan!
RESIPI SUP LOBAK PUTIH
Bahan-bahannya
Sumber : majalahpama.my

- Pegaga
- Sawi
- Brokoli
- Daun cekur dan cekur manis
- Ulam raja
- Halia
- Daun lemuni
- Lobak putih
HERBA PENAMBAH SUSU
Herba juga boleh dimakan dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Ambil dalam kuantiti sederhana, berpada-pada untuk mengelakkan cirit-birit pada ibu dan bayi. Jika tidak mampu makan mentah, bolehlah masukkan dalam masakan!
- Habbatus sauda
- Halba
- Jintan putih dan jintan manis
- Bunga lawang
- Pelaga
- Cengkih
- Bunga lawang
- Lada putih dan hitam
RESIPI SUP LOBAK PUTIH
Bahan-bahannya
- 1 batang lobak putih bersaiz kecil (cuci dan potong)
- 1 ulas bawang merah kecil (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- ½ sudu lada hitam (ditumbuk)
- 300ml air
- Garam dan gula secukupnya
- Masukkan air, bawang putih, bawang merah dan lada hitam ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
- Kemudian masukkan lobak.
- Masukkan garam dan gula. Masak hingga lobak empuk.
- Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas-panas dengan nasi panas.
Sumber : majalahpama.my
0 komentar:
Posting Komentar