Red dates (jujube) atau kurma merah adalah salah satu makanan
kesihatan yang sangat popular di China. Bukan sahaja dijadikan
ubat-ubatan, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis
makanan harian mereka di sana. Ternyata, kurma merah ini mempunyai
kelebihannya yang tersendiri kerana dikatakan mampu untuk menurukan
tekanan darah tinggi dan juga sangat bagus untuk wanita. Nak tahu macam
mana nak makan kurma merah, jom kita cuba tips yang dikongsikan ini!
PEMINAT RED DATES? NAH TIPS YANG PENTING
Kurma merah atau yang disebut juga dengan Red Dates dapat
memulihkan tubuh setelah sakit, baik bagi wanita yang menopause, period
dan yang sedang berpantang. Buah ini juga melindungi fungsi hati, dengan
kandungan antioksidan yang berlimpah kurma merah juga baik untuk
mencegah pertumbuhan sel kanser. Dan masih banyak lagi manfaat dari
kurma merah ini sehingga dalam rawatan china buah ini sering dimasukkan
dalam resipi sinshe.
- Masak Red dates lebih sedap.- Biasa orang cina masukkan dalam sup
- Koyakkan red dates untuk seimbangkan rasa manis dalam masakkan atau minuman.
- Buang biji red dates sebab menurutnya biji dia bersifat boleh memanaskan badan.
- Nak lebih sedap dan elok boleh letak gingko biloba dan longan kering.
- Minum red dates lepas makan dalam keadaan suam sangat elok.
Best tau kalau amalkan kurma cina ni. Terutama time datang bulan. Elok sesangat.
*Jom amalkan! Sangat bagus sistem dalaman wanita tau!
Sumber: Petua Ibu
0 komentar:
Posting Komentar