Share to other ! One share = one goodness. ^_^

Petua Herba peneraju ramuan asli

JENAMA Petua Herba merupakan keluaran syarikat Bumiputera, Megah Herba (M) Sdn Bhd, dilihat semakin mendapat kepercayaan ramai.

Ditubuhkan sejak 2012, Megah Herba, merupakan antara peneraju perniagaan dalam sektor pembuatan dan produk kesihatan berasaskan herba asli serta ramuan semula jadi tempatan.



Meskipun semakin banyak produk kesihatan yang muncul di pasaran, namun Petua Herba tetap mendapat kepercayaan pengguna di seluruh negara.
Pengasas dan Pengarah Urusannya, Khairilaziry Wahid, berkata, beliau optimis untuk terus mengembangkan jenama Petua Herba yang mengangkat produk kecantikan dan kesihatan bagi membantu orang ramai.

“Kami menghasilkan produk yang menggunakan formulasi khusus untuk wanita dan lelaki bagi semua peringkat umur.

“Jenama ini mempunyai dua produk iaitu Minyak Aromaterapi Prozendi dan terbaru, Jus Iqmah Rerama,” katanya yang mengusahakan syarikat tersebut bersama isterinya, Nurzarina Zakaria,

Menurutnya, sambutan yang menggalakkan daripada produk pertama membuatkannya lebih yakin dengan keluaran baharu syarikat tersebut.
Jus Iqmah Rerama dilancarkan pada pertengahan tahun lalu dengan menggunakan daun rerama yang khasiatnya sering diperkatakan di media sosial dan laman sesawang.

Khairilaziry percaya, khasiat tersendiri daun rerama itu mampu merawat masalah yang dihadapi oleh masyarakat negara ini.

Sesungguhnya Malaysia amat kaya dengan herba dan akar kayu yang dijadikan sebagai rawatan tradisional selain penggunaan ubatan moden.
“Seperti yang kita ketahui, khasiat daun rerama kepada kesihatan sangat membantu merawat pelbagai masalah dalaman.

“Pengambilan secara berterusan juga mampu mencegah penyakit merbahaya," katanya.

Selain penggunaan daun rerama, Jus Iqmah Rerama turut menggunakan bahan seperti madu, delima, kurma, halia bara, temu lawak dan banyak lagi.
Bukan sahaja sesuai untuk golongan berusia, jus itu juga bagus untuk kaum wanita yang mempunyai masalah seperti haid tidak teratur, keputihan, senggugut dan sebagainya.

Dengan harga RM145 sebotol, setiap pembelian jus Iqmah Rerama akan diberikan stevia berharga RM45 secara percuma.

Sementara itu, Khairilaziry berkata, produk minyak Aromaterapi Prozendi pula sesuai untuk kegunaan luaran bagi melegakan masalah sakit lutut, sendi tulang dan otot.

Katanya, masalah itulah yang sering menjadi penghalang bagi mereka yang aktif bersukan.

“Sudah pasti kesakitan yang dialami akan mengganggu rutin mereka untuk beriadah. Dari situ, kami terpanggil untuk menghasilkan produk yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.

“Setiap botol mempunyai kandungan akar kayu, daun dukung anak, bunga cengkih dan akar pegaga yang dapat dilihat dengan jelas pada botol lutsinar produk.

"Penggunaannya juga mudah, hanya sapu minyak aromaterapi ke bahagian badan yang bermasalah. Biarkan bahagian yang disapu terbuka selama lima minit. Gunakan tiga kali sehari secara berterusan," katanya.
Minyak Aromaterapi Prozendi dijual dengan harga RM68.

Kembang perniagaan ke Timur Tengah
Bukan sahaja menerima permintaan yang tinggi di negara ini, Khairilaziry berkata, Petua Herba turut mendapat tempat di negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

"Atas sambutan yang menggalakkan itu, saya berhasrat untuk mengembangkan lagi pasaran Petua Herba ke Timur Tengah.
"Malah, saya mahu jenama Petua Herba mengeluarkan produk dengan yang lebih terbuka dari segi sistem pengurusan, keberkesanan, kualiti dan harga berpatutan," katanya.

Khairilaziry berkata, sejak awal penubuhan syarikat lagi, dia sangat mengutamakan kualiti produk dengan harga berpatutan agar semua golongan masyarakat dapat membeli produknya di samping menjana pendapatan bersama.

Jelasnya, tahun 2017 ini, dia menyasarkan lebih ramai usahawan menyertai syarikatnya untuk penjualan produk keluaran syarikat itu.
“Saya mahu membantu lebih ramai kembali sihat dan yakin selepas penggunaan jus serta minyak ini.

“Kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan, selain tawaran insentif lumayan,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.my

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Petua Herba peneraju ramuan asli

0 komentar:

Posting Komentar