(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Rahim, aset penting bagi wanita. Bagi wanita yang dilahirkan
sempurna dengan rahim, wajib menjaga aset penting ini sebaiknya. Rahim
ni ibarat enjin bagi wanita… Jika baik Rahim, baiklah kesihatan badan
wanita itu…
Bagi wanita yang pernah melahirkan… Semestinya terlebih penting
untuk ambil kisah tentang penjagaan Rahim agar terus sihat. Zaman moden
sekarang ni berapa ramai wanita yang mengalami prolaps atau Rahim jatuh
terutama selepas melahirkan … Antara puncanya ialah selalu angkat barang
berat, tak berpantang betul-betul, kurang buat senaman untuk Rahim
seperti senaman kagel dan juga tak jaga pemakanan.
Jadi, Disini dikongsikan 11 cara untuk jaga rahim wanita yang ditulis oleh Dr. Hamid Arshat.

Cara-cara menjaga rahim
1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu,
nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan
dengan baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab.
Elakkan dan jauhkan dari faktor-faktor penyebab yang timbul dari
sekitaran.
2. Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil
awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan
adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000
kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses
kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang
lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan
adenomyosis.
3. Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan
progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel
otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salur darah
endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial
hypertrohy).
Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan
imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi
banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan.
Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan
bermacam-macam penyakit dan gangguan.
Diantaranya:
– Ketumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
– Ketumbuhan adenoma dan kanser payudara.
– Kemandulan dan sukar hamil.
– Perdarahan rahim.
Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal
dan lemak badan. Sesetengah makanan seperti makanan dari kacang soya
juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan
insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
4. Faktor yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen
tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara
faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak
perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS,
kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan
progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stres.
5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umur kanak-kanak. Sering kali
anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak sempurna
beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan
sayur dan buah-buahan.Kena ajar anak-anak perempuan makan sayur dan buah
lepas ni….
Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge, basuh faraj
dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.Beri supplemen
vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada
anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai
umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan Ketahanan / immunity
untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.
6. Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja.
Dewasa ini kanak-kanak terlalu suka junk food dan fast foods. Ibu bapa
layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk
dalam jangka panjang. Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar
disekolah, kolej dan universiti berasrama.
Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tidak
berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang
disajikan. Bermula disini gangguan haid berlaku – sama ada tidak datang
haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu
sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan
ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.
7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak
kedalam maksiat perzinaan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai
gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan
dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau
‘datang kotor’, ‘datang bulan’. Berbagai panggilan untuk haid. Memang
ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan
suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah
mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid ‘tumpah /
melempah’ ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim
retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut
dan terdapat sistem pembersih darah haid. Bila sistem ini gagal akibat
penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap
racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit
endometriosis dan adenomyosis.
9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di
belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim.
Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan membaca
al-quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah
gangguan jin dan syaitan.
10. Banyak makanan yang membantu dalam menjaga rahim diantaranya
nenas yang mengandungi enjim bromalin dan betik yang mengandungi enjim
papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang
rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit
hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit
B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim. Kunyit,
bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory
juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur-sayuran khususnya yang hijau seperti bayam,
sawi, pucuk paku, kobis, kacang, lobak, brokoli, taugeh dan lain-lain.
Banyak makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas,
betik, buah naga dan lain-lain. Makan pelbagai kacang saperti gajus,
almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan
kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel,
tuna/tongkol dan lain-lain. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi
antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar
(lembu atau kambing) setiap hari.
11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU)
,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir
hayat.
0 komentar:
Posting Komentar