Fasilitator, Pegawai Psikologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, Angela Julip menjelaskan pelaksanaan kursus ini sebagai suatu pendedahan kepada kakitangan di bawah agensi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah terhadap kemahiran keibubapaan.
Jelasnya, kegagalan institusi kekeluargaan melahirkan suasana harmoni dalam kehidupan seharian menyebabkan masyarakat hari ini lebih terdedah dengan pelbagai penyakit mental dan lebih terkesan adalah anak-anak.

Seramai lebih 90 peserta terdiri kalangan pegawai perubatan, jururawat serta kakitangan pentadbiran sokongan HQE hadir pada kursus Keluarga Ideal anjuran Unit Psikologi Kaunseling HQE, bertempat di Dewan Auditorium pada Selasa.
Kursus tersebut memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta berhubung pengertian keluarga dan pola kekeluargaan di samping penjelasan berhubung konflik dan cara mengatasinya.
Turut diberi perhatian terhadap kriteria berbeza antara ibu dan bapa dalam menangani konflik kekeluargaan serta kepelbagaian gaya keibubapaan yang mampu mempengaruhi kesihatan mental anak-anak.
Kursus tersebut membolehkan peserta mengenal pasti gaya keperibadian masing-masing merujuk kepada beberapa tahap iaitu gaya keibubapaan berwibawa, gaya keibubapaan berkuasa mutlak dan gaya keibubapaan permisif iaitu kasih sayang berlebihan namun kawalan terhadap anak-anak adalah rendah.
Hadir sama, penceramah jemputan Ellyanti Panis dan Clarice Andrew Sibun masing-masing pegawai psikologi Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kota Kinabalu.
Sumber: Udabayas.com
0 komentar:
Posting Komentar