1. Stim
Ini adalah salah satu cara terbaik untuk singkirkan kahak dari sistem pernafasan kita dengan mencairkannya.
Ia boleh dilakukan sama ada dengan:
Mandi dengan bilik air yang penuh dengan wap air panas, 2 kali sehari.
Kami akan penuhkan bilik mandi dengan wap air panas (bukak pemanas air
pada suhu maximum) dan duduk dalam bilik air selama 10 minit untuk
mencairkan kahak. Lepas tu baru tepuk sikit belakang anak-anak mengikut
teknik percussion yang betul
Atau kadangkala kami akan sediakan semangkuk air panas, tutup kepala
mereka dengan tuala agar wap air tidak terkeluar dari bahagian muka. Nak
buat ni kene berhati-hati. Zuyyin dah cukup besar nak faham, masa
teknik ini tak boleh gerak-gerak, bahaya. Tapi untuk Zayra yang baru
masuk 2 tahun ni, ibu atau ayah akan bersama-sama masukkan muka dalam
tuala tu agar kita dapat rasa tahap panas tu macam mana, dan dapat
kurangkan rasa takut anak kita. Letakkan 2-3biji bawang putih yang dah
diketuk ke dalam mangkuk air panas ni. Jadi, bila wap air panas beserta
wap bawang putih masuk ke dalam peparu, ia boleh bantu melawan virus dan
bakteria di situ.
2. Air garam
Kumur air garam suam. Air suam membantu melegakan tekak yang merengsa,
manakala garam membantu membunuh kuman penyebab jangkitan, yang
seterusnya mengurangkan penghasilan kahak.
3. Jus lemon
Lemon adalah bahan terbaik untuk mencairkan kahak. Tambahan pula lemon
ni kaya dengan Vitamin C dan sifat antibakteria yang tinggi bantu badan
kita untuk melawan sebarang jangkitan.
4. Halia
Halia memang terbaik untuk mencairkan kahak. Campurkan halia dan lemon
yang dihiris halus bersama dengan madu,masukkan dalam bekas bertutup. Ia
adalah ‘ubat batuk’ semulajadi. Setiap kali nak minum, ambil 1 sudu dan
campurkan dalam segelas air suam. Amalkan sehari 3 kali
5. Sup ayam/sup tulang
Kalau anak-anak tak sihat memang sup ayam/ sup tulang menjadi sajian
setiap hari. Buat marcaroni sup, mee sup, bihun sup, nasi dan sup serta
bubur lambuk. Bila tak sihat, badan perlukan protein untuk menjadi
makanan bagi sel badan melawan virus dan bakteria.
Sup ayam dan sup tulang kaya dengan protein, reneh lama sedikit (sekitar
2jam atau agak-agak isi dah berpisah dari tulang). Lebihkan bawang
putih, bawang merah serta halia. Ini semua adalah makanan antivirus dan
antibakteria dan dapat membantu meningkatkan imun sistem.
Lagipun sup yang suam tadi dapat membantu melegakan tekak dan mencairkan kahak.
6. Madu
Madu mempunyai sifat antibakteria, antivirus dan antifungus. Ia juga
bersifat antiseptik dan kesemua sifat ini menjadikan madu sebagai salah
satu bahan yang wajib ada dirumah untuk merawat pelbagai penyakit.
Campurkan madu dengan lemon dan juga halia yang dihiris halus sebagai ‘ubat batuk semulajadi’
7. Bawang
Bawang bersifat antibiotik, antiradang dan dapat melegakan keradangan
pada tekak bila batuk berkahak. Sebab tu bila masak makanan Zuyyin dan
Zayra, terutamanya apabila mereka kurang sihat, lebihkan bawang.
8. Lobak
Lobak kaya dengan Vitamin C dan bersifat antioksidan yang mampu
meningkatkan imun sistem dan membantu menghalang sebarang jangkitan.
Lobak juga diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan vitamin yang
menjadikannya elok untuk merawat kahak.
Sumber: sehinggit.blogspot.co.id
0 komentar:
Posting Komentar