Seksa Mandi Air Sejuk Setiap Pagi
Bagi yang tak berkemampuan, air sejuk sudah sebati setiap kali anda mandi pada waktu pagi.Tapi, ada juga individu yang sudah biasa dengan mandian air panas, hingga mereka menolak mandian air sejuk!Yelah, siapa nak mandi air sejuk pagi-pagi, betul tak? Tapi… sebenarnya ada 6 kebaikan jika anda mandi air sejuk ini! Nak tahu apa kebaikannya? Jom baca artikel di bawah.
6 Kebaikan Mandi Air Sejuk
1. Air sejuk bakar lemak
Percaya atau tak, tapi air sejuk sebenarnya boleh buat berat badan anda turun! Tapi bagaimana?Badan manusia terdiri daripada dua jenis tisu lemak: lemak putih dan lemak coklat.
Lemak putih adalah lemak jahat. Ia terkumpul apabila kita makan lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Lemak itu yang ada di pinggang, leher, dan paha anda!
Manakala lemak coklat adalah lemak baik yang menghasilkan haba untuk memanaskan tubuh kita.
Menurut the Joslin Diabetes Center, air sejuk boleh membuatkan lemak coklat membakar kalori, lalu berat badan anda semakin berkurang!
2. Pemulihan selepas bersenam
Perasan tak kenapa atlet selalunya akan mandi dengan air sejuk selepas latihan mereka? Ia kerana air sejuk boleh mengurangkan kesakitan.Jadi, anda boleh mandi dengan air sejuk apabila anda sakit badan atau keletihan. Nescaya semuanya hilang nanti!
3. Meningkatkan mood dan lebih peka
Anda pasti selalu berasa “malas” setiap kali hendak bangun pagi, kan? Setiap pagi juga anda akan lebih cepat hilang fokus.Ha… Kalau anda ingin memulakan waktu pagi dengan sempurna, mungkin anda patut mandi dengan air sejuk mulai dari sekarang!
Air sejuk menggalakkan pernafasan yang sihat. Anda akan menyedut oksigen dengan lebih banyak dan degupan jantung akan meningkat.
Hasilnya? Darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Anda dapat tenaga dan lebih senang untuk fokus!
4. Menguatkan sistem imun badan dan peredaran darah
Anda sudah tahu yang air sejuk boleh meningkatkan metabolisma badan hingga anda boleh hilang berat badan, kan?Ha… satu lagi – air sejuk juga boleh meningkatkan sistem imun badan anda!
Ia melancarkan pengedarah darah putih yang melawan virus, lalu anda akan kurang jatuh sakit!
Malah, air sejuk juga melancarkan peredaran darah hingga anda boleh mengelak terkena hipertensi.
5. Rambut dan kulit semakin sihat!
Jika anda ingin mengurangkan jerawat, cuba mandi dengan air sejuk! Air sejuk mengetatkan liang roma dan pori kulit.Manakala, air panas pula mengeringkan kulit dan membuatkan ia tersumbat!
Dengan air sejuk, anda juga boleh dapat rambut yang lebih bersinar. Air sejuk menutup kutikel rambut, lalu kotoran tidak boleh berkumpul di kulit kepala anda.
6. Atasi tekanan dan kemurungan
Air sejuk dikatakan mampu mengurangkan tekanan, jika anda selalu mengamalkannya. Malah, ia juga boleh mengurangkan tanda-tanda kemurungan.Semuanya kerana reseptor “sejuk” dalam kulit anda. Apabila anda mandi, ia akan menghantar impuls elektrik dari saraf periferi ke otak.
Lalu, otak mengaktifkan anti kemurungan dan meningkatkan mood anda!
Jadi, jom amalkan mandi air sejuk mulai dari sekarang? Ia terbukti memberi pelbagai kelebihan kesihatan untuk anda!
Sumber rujukan: Lifehack, Medical Daily, NCBI dan the Joslin Diabetes Center via my.theasianparent.com
0 komentar:
Posting Komentar