Share to other ! One share = one goodness. ^_^

4 Air Rebusan Elok Untuk Kesihatan

Ramai dikalangan kita mengambil ubat sampingan yang salah. Ada yang memudaratkan diri sendiri. Apa kata anda guna cara biasa. Bukan sahaja mudah malah, tidak perlu membayar mahal. Paling penting ia elok untuk kesihatan dan kecantikkan.

1.    Rebusan Serai dan Halia

Anda hanya perlukan tiga batang serai dan 4cm halia. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Kemudian anda rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Diingatkan guna air yang sudah ditapis. Bukan air paip mahupun air yang telah dimasak. Anda amalkan 2 atau kali seminggu. Rebusan ini elok bagi anda yang letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu waktu siang.

2.    Rebusan Sireh
Gunakan tiga atau lima helai daun sireh. Rebuskan didalam periuk juga dengan tiga gelas air yang telah ditapis. Minum ketika air tersebut suam. Anda boleh tambah bunga cengkih tiga kuntum dan sedikit serbuk kayu manis. Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.

3.    Rebusan Sireh dan Daun Inai

Guna tiga atau ke lima helai daun sireh dan segenggam daun Inai. Seperti biasa rebus di dalam periuk dengan menggunakan tiga gelas air yang sudah ditapis. Minum apabila sudah suam. Rebusan ini sesuai bagi wanita yang mengalami peputihan dan banyak lendiran yang berbau. Elok diamalkan selepas haid.

4.    Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

Anda perlu ketuk dua atau tiga batang serai. 3cm halia dan 2cm kunyit juga diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, sehelai daun pandan dan sedikit madu susu. Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali. Ini untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan anda.  Amalan berkhasiat ini juga bagus untuk penjagaan kesihataan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman adan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.

Selamat mencuba!

Sumber: Sinar.fm

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : 4 Air Rebusan Elok Untuk Kesihatan

0 komentar:

Posting Komentar