Share to other ! One share = one goodness. ^_^

Produk Halal Herba Berpotensi Dikembangkan

KUALA LUMPUR: TPM Biotech Sdn Bhd mengenal pasti potensi dan peluang besar dalam menembusi pasaran ASEAN yang semakin berkembang untuk pelbagai produk halal berasaskan herba menerusi Halfest ASEAN 2017.


Pada pameran empat hari yang bermula semalam, TPM Biotech mengambil inisiatif mengetengahkan jenama khususnya, Herbs Garden Garcinia Plus, Herbs Garden Peria, Herbs Garden Smilax Plus dan Inno Coffee, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua TPM Biotech, Ema Ukhtiah Zakaria berkata, syarikat itu membantu usahawan bio menawarkan perkhidmatan nasihat dan kaunseling, kemudahan inkubasi, pengkomersialan produk, kontrak pengeluaran serta strategi pembangunan bagi memaksimumkan pulangan ke atas pelaburan.

"Pelanggan diberi jaminan kualiti produk terbaik selari dengan komitmen kecemerlangan, amalan antarabangsa dan proses selain kawalan kualiti standard antarabangsa yang ketat, yang sentiasa diutamakan.

"Satu lagi kelebihan TPM Biotech ialah makmal sains moden yang dilengkapi teknologi terkini untuk analisis dan pengesahan halal," katanya.

Barisan produk TPM Biotech Herbs Garden dikeluarkan di kilangnya di Raub, Pahang. Ia lengkapi mesin dan peralatan yang mampu menawarkan kontrak pengeluaran kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Sumber: BERNAMA via www.bharian.com.my

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Produk Halal Herba Berpotensi Dikembangkan

0 komentar:

Posting Komentar