NEW DELHI: Seorang doktor dan tiga lagi pesakitnya maut selepas minum
ubat herba beracun yang didakwanya mampu merawat penyakit kencing manis
dan hipertensi di sebuah perkampungan selatan India.
Manakala seorang lagi pesakit berada dalam keadaan kritikal selepas
minum ramuan ubat yang disediakan oleh doktor berkenaan di klinik di
kampung Alagappuram di Tamil Nadu Ahad lalu.
“Mereka tidak sedarkan diri dan muntah serta dipindahkan ke hospital di
mana keempat-empat mereka mati,” kata pegawai polis tempatan, Muthiah.
Doktor berkenaan yang dikenali sebagai Muthupandi, pada mulanya minum
ubat campuran herba itu untuk membuktikan keberkesanannya sebelum
memberikan kepada lima pesakitnya dari kampung tersebut. - AFP
Sumber : sarawakiana.com
0 komentar:
Posting Komentar