Mee segera ataupun ramai kenali dengan
“Maggi” semestinya sangat popular di kalangan pelajar dan orang bujang.
Mee segera dibeli kerana harganya yang murah dan mereka menganggap
sebagai ‘Jimat’.
Bukan itu sahaja, penyediaan yang mudah dan cepat menarik ramai minat ramai orang untuk membelinya
Jika diperhatikan,hampir kebanyakan
rumah akan menyimpan mee segera dirumah. Bagi mereka yang tidak
mengamalkan untuk kehidupan seharian anda, TAHNIAH diucapkan.
Namun tahukah anda betapa bahayanya
Maggie kepada kesihatan kita. Mungkin ada yang dah sedar, tapi
menganggap mungkin lambat lagi untuk dapat penyakit itu. Apa keburukan
atau Bahaya mee segera kepada badan kita ?
1. Masalah Penghadaman
Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang
berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera
mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan
mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika
diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem
penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.
Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah
akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih
dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi
untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia
akan mula memudaratkan buah pinggang.
Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?
3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate)
yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa”
namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik
terhadap bahan ini.
Mungkin antara sedar atau tidak, anda
pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana
beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.
4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
Anda pernah jumpa orang yang makan mee
segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera
adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang
cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan
bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.
Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.
Maka ia akan membawa kepada beberapa
penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik.
Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera
secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit
jantung.
Bukanlah kami menghalang anda untuk
makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi
leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun,
kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi
kepentingan kesihatan masa panjang.
Sumber Asal : Hakaluka Blogspot Via bloggerbar.com.my
0 komentar:
Posting Komentar