Secara puratanya, manusia tidur selama
25 tahun sepanjang hayat. Mengikut kajian, manusia memerlukan tidur
sekurang-kurangnya 7 hingga ke 9 jam sehari bagi memastikan tubuh badan
kita mendapat rehat yang secukupnya.
Tetapi, selain daripada jumlah waktu
tidur, tahukah anda bahawa gaya tidur kita juga membantu dapat membantu
meningkatkan kualitii kesihatan kita?
1. Sakit belakang
Baring secara terlentang dan letakkan
bantal kecil di bawah lutut dan gulungan tuala muka di kawasan pinggang,
di bahagian belakang badan.
2. Sakit bahu
Baring secara mengiring ke sisi dan
bengkokkan kaki sedikit ke atas. Letakkan bantal kepala di bahagian kaki
sebagai sokongan tambahan.
3. Sinus
Masalah sinus semasa tidur memang
menjadikan pengalaman tidur kita tidak selasa dan bagi mengurangkan
kesan sinus semasa tidur, anda dicadangkan untuk tidur menggunakan
sekurang-kurangnya dua biji bantal yang diletakkan di belakang kepala.
4. Sakit kepala
Kebanyakkan kes sakit kepala semasa
tidur adalah disebabkan oleh pergerakan kepala yang kasar secara kerap.
Oleh sebab itu anda digalakkan untuk menyokong bahagian tepi kepalal
anda dengan bantal bangi mengelakkannya daripada bergerak secara kasar.
5. PMS
Masalah yang popular di kalangan wanita
ini mampu membuatkan seorang wanita yang lemah lembut tutur katanya
berubah menjadi seekor singa dalam sekelip mata. Sekiranya anda
mengalami masalah ini, letakkan bantal di bahagian belakang lutut bagi
mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda.
6. Darah tinggi
Meskipun rawatan untuk pesakit darah
tinggi memerlukan pengambilan ubat khas dan mengikut nasihat pegawai
perubatan, namun gaya tidur meniarap dengan bahagian muka ke bawah dapat
membantu melegakan tekanan darah yang tinggi.
7. Masalah penghadaman
Tidur secara mengiring ke sisi kiri dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman di kalangan mereka yang bermasalah.
8. Sakit tengkuk
Tidur secara terlentang dapat membantu
mereka yang mengalami masalah seperti ini. Juga sediakan segulung tuala
muka dan letakkan tuala itu di bahagian belakang leher yang bertindak
sebagai sokongan.
9. Pedih ulu hati
Seperti masalah penghadaman yang lain.
Masalah pedih ulu hati juga dapat menyebabkan pengalaman tidur yang
tidak selesa. Sekiranya anda mengalami masalah ini, pastikan anda tidur
mengiring ke bahagian kiri.
Sumber : taikotai.tv
0 komentar:
Posting Komentar