Sebagai ibu yang sedang hamil, anda perlu tahu apa yang perlu dimakan
dan apa yang tidak perlu dimakan. Justeru, pengambilan makanan yang
sihat dalam diet seharian ibu hamil adalah sangat penting untuk menjamin
kesihatan dan perkembangan positif kandungan.
Oleh itu, jangan risau lagi kerana kami ada senaraikan 6 ‘superfood’ untuk wanita hamil supaya dapat sentiasa sihat dan bertenaga! Jom kita baca!
Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat
penting. Selain dari menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga
membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak di dalam
kandungan. Pastikan anda minum segelas atau dua gelas susu sehari dan
juga cuba untuk melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga.
Contohnya, keju, yogurt dan ‘buttermilk’.
Sebelum ini, brokoli kurang dikenali sebagai salah satu sayur yang
berkhasiat tinggi oleh orang ramai dan susah untuk didapati. Namun, kini
brokoli sudah mudah didapati di mana-mana sahaja. Ibu-ibu hamil di luar
sana perlu memasukkan sayur brokoli sebagai salah satu elemen penting
dalam diet seharian. Kaya dengan kalsium dan potassium, ini dapat
membantu proses pertumbuhan tulang janin di dalam kandungan anda.
Telur adalah sumber protein terbaik, rendah kalori dan penuh dengan
khasiat Omega-3 untuk badan kita. Selain itu, telur juga mempunyai
khasiat yang tinggi dalam asid folik, zat besi dan choline yang
juga membantu menghalang kecacatan kepada kelahiran janin. Ingat! Ibu
hamil di luar sana perlu makan telur bersama telur kuningnya sekali
supaya mendapat kandungan nutrisi yang cukup.
Daging pula kaya dengan protein haiwan yang dapat membantu pertumbuhan sel dan otot kandungan. Adanya pengambilan daging yang cukup juga dapat menghilangkan rasa letih yang dialami oleh ibu-ibu hamil. Jangan lupa untuk memilih daging tanpa lemak kerana daging tanpa lemak adalah pilihan protein yang sangat tinggi.
Pengambilan ikan ketika hamil selalu dipersoalkan kerana khuatir
kandungan merkuri yang tinggi terutama sekali ikan laut masin. Tetapi,
seperti yang kita tahu, ikan sangat penuh dengan protein yang tinggi dan
kaya dengan Omega-3 yang seterusnya dapat mengekalkan kesihatan mata
dan otak janin. Untuk langkah yang selamat, anda boleh makan ikan
sebanyak dua kali seminggu dan pastikan ikan dimasak dengan sempurna.
Elakkan makan isi ikan yang mentah seperti yang diletakkan di sushi
untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada janin dalam kandungan.
Selain dari kaya dengan kalsium, tofu juga penuh khasiat dengan zat
besi, vitamin A dan K. Ia juga adalah sumber yang kaya dengan asid folik
dan boleh menjadi snek atau bahan salad yang sempurna untuk wanita yang
hamil. Jadi, anda tidak bosan lagi dengan hanya makan sayur-sayuran
dalam salad dengan menambah tofu sebagai bahan sampingan yang baharu.
Sumber : Siraplimau.com
Oleh itu, jangan risau lagi kerana kami ada senaraikan 6 ‘superfood’ untuk wanita hamil supaya dapat sentiasa sihat dan bertenaga! Jom kita baca!
1. Produk tenusu
http://watchfit.com/
2. Sayur-sayuran berdaun hijau
http://www.freemalaysiatoday.com/
Ramai sudah tahu bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk
dimakan walaupun ketika tidak hamil. Oleh itu, penting untuk ibu hamil
mengambil jumlah sayur-sayuran berdaun hijau yang cukup di dalam diet
seharian. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana tinggi
dengan kandungan asid folik. Asid folik adalah sumber yang bagus untuk
perkembangan otak anak yang belum lahir.3. Brokoli
http://www.well-beingsecrets.com/
4. Telur dan daging
http://www.dailymail.co.uk/
Daging pula kaya dengan protein haiwan yang dapat membantu pertumbuhan sel dan otot kandungan. Adanya pengambilan daging yang cukup juga dapat menghilangkan rasa letih yang dialami oleh ibu-ibu hamil. Jangan lupa untuk memilih daging tanpa lemak kerana daging tanpa lemak adalah pilihan protein yang sangat tinggi.
5. Ikan
http://www.vptrade.gr/
6. Tofu
http://mintleafpasadena.com/
Sumber : Siraplimau.com
0 komentar:
Posting Komentar